Breadcrumbs

LL.M di Waikato: Maklumat Untuk Pelajar Antarabangsa

Choose language: English | فارسی | 中文 | Deutsch | मानक हिन्दी | العربية |

Apply Now!

Dialu-alukan, welcome, मानक हिन्दी, welcome, 欢迎, خوش آمد, Guten Tag.


Kenapa melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan LL.M di New Zealand?

LL.M akan membantu anda menyerlah dan memberikan anda perspektif yang segar mengenai undang-undang dan sistem perundangan antarabangsa dalam dunia global yang sedang berkembang pesat. Dengan menuntut ilmu di salah sebuah negara yang mana bahasa Inggeris adalah merupakan bahasa ibunda, tambahan pula ianya mempunyai dengan tradisi “common law” yang kuat, ini akan membolehkan anda meningkatkan latar belakang anda dari segi akademik dan profesional. Seterusnya juga akan membuka peluang untuk anda di peringkat antarabangsa.

Kenapa Waikato?

Sekiranya anda ingin melanjutkan pelajaran dan mendapat kelayakan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari sebuah universiti yang bertaraf dunia dengan persekitaran yang mesra dan terletak berdekatan dengan tempat yang mempunyai antara pemandangan yang tercantik di dunia, maka pilihlah Waikato yang terletak di Kepulauan Utara, New Zealand.

Fakulti Undang-undang menawarkan pendidikan undang-undang yang mempunyai hubungkait dengan dunia hari ini. Ditubuhkan dalam tahun 1990 sebagai sebuah sekolah undang-undang yang moden, Fakulti Undang-undang memperkenalkan prinsip-prinsip keprofesionalan, kedwibudayaan dan pembelajaran undang-undang dalam konteks ini.

Para pelajar dan kakitangan fakulti kami terdiri dari pelbagai budaya. Kakitangan akademik kami yang berasal dari New Zealand dan juga negara luar (Kanada, China, Fiji, Jerman, Iran, Ireland, UK dan Amerika Syarikat) sering memberikan khidmat nasihat kepada kerajaan dan organisasi antarabangsa dalam pelbagai isu undang-undang. Kami merupakan pusat kepada Centre for Environmental, Resources and Energy Law (CEREL) dan Maori and Indigenous Governance Centre (MIGC).

Kami mempunyai hubungan pengajaran (program pertukaran pelajar, belajar di luar negara, dwi ijazah , dan lain-lain) dan hubungan penyelidikan dengan institusi-institusi di seluruh dunia termasuk di Eropah, Amerika Syarikat dan China. Hubungan pengajaran dan penyelidikan seperti ini dan juga dengan adanya program pensyarah jemputan antarabangsa yang kerap dibuat memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran di Fakulti Undang-undang.

LL.M Waikato

Program Sarjana Undang-undang (LL.M) di Fakulti Undang-undang adalah merupakan kursus pengajian setahun yang direka untuk memberikan pendidikan undang-undang yang lebih tinggi kepada pelbagai graduan undang-undang yang ingin bersaing di peringkat tempatan mahupun global.

Program LL.M di Waikato menawarkan pelbagai pilihan pengajian seperti yang diterangkan di bawah. Saiz kelas adalah kecil (maksimum 25 orang pelajar) dan para pensyarah mudah didekati dengan polisi pintu terbuka. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.waikato.ac.nz/law/postgraduate

Kami menawarkan struktur program yang fleksibel tetapi mantap yang mana ianya menepati keperluan para pelajar kami setiap tahun. Program Sarjana Undang-undang boleh dilaksanakan mengikut mana-mana pilihan seperti berikut:-

  • Melalui kerja kursus sahaja (untuk para pelajar yang ingin meningkatkan kemahiran dan pengetahuan melalui pelajaran yang diajar secara khusus)
  • Melalui kerja kursus dan tesis (untuk para pelajar yang inginkan kombinasi antara kerja kursus dan juga penyelidikan bebas yang mempunyai hubung kait dengan kerja kursus yang diambil)
  • Melalui tesis sahaja (hanya untuk para pelajar yang menunjukkan kemampuan yang diperlukan untuk melakukan penyelidikan bebas)

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.waikato.ac.nz/law/postgraduate/study_options/llm

Untuk LLM menerusi kerja kursus, anda perlu memilih 120 jam kredit dari senarai subjek “semester penuh” (yang diajar oleh tenaga pengajar kami yang berketerampilan) dan/ atau subjek “intensif” (yang diajar oleh para profesor pelawat dalam jangka masa yang pendek)

Untuk maklumat lanjut berkenaan subjek yang ditawarkan pada masa ini, sila lawati http://www.waikato.ac.nz/law/postgraduate/study_options/llm/taught_papers

Kriteria kemasukan

Calon-calon mestilah telah mempunyai LL.B, atau ijazah kombinasi dari Fakulti Undang-undang atau yang setaraf dengannya. Kemasukan adalah tertakluk kepada kadar minimum gred purata iaitu B. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: Siswazah dan Pengajian Siswazah Buku

Sekiranya Bahasa Inggeris bukan merupakan bahasa pertama anda, maka anda dikehendaki mengemukakan bukti mengenai tahap kefasihan Bahasa Inggeris anda, secara umumnya menerusi keputusan peperiksaan IELTS (akademik) atau keputusan peperiksaan TOEFL . Berikut merupakan pencapaian minimum yang akan dipertimbangkan sebagai bukti kecekapan anda:-

  • Keputusan IELTS secara keseluruhan 6.5 (dengan sekurang-kurangnya mendapat 6.0 dalam bahagian Penulisan)
  • Keputusan ujian bertulis TOEFL 600 (dengan sekurang-kurangnya mendapat 5.5 dalam Ujian Penulisan Bahasa Inggeris), atau
  • Keputusan IBT 100 (ujian TOEFL menerusi internet) dengan markah Penulisan 22, atau
  • Gred B atau lebih tinggi dari Tahap 8 dalam Certificate of Attainment in English Language.

Sebarang bukti lain akan dipertimbangkan berdasarkan kes demi kes. Walau bagaimanapun, di dalam kes individu, kami menerima sebarang bukti dalam bentuk lain sebagai bukti kefasihan Bahasa Inggeris anda, yang mana ianya termasuk sekiranya ijazah anda diperolehi di dalam Bahasa Inggeris. Secara alternatifnya, anda boleh mengambil kursus Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh Waikato Pathways College sebelum meneruskan dengan Program LL.M.

Yuran Pengajian

Untuk tahun 2013, yuran pengajian sepenuh masa yang dikenakan ke atas para pelajar antarabangsa adalah sebanyak NZ$26,320. Untuk maklumat lanjut mengenai yuran pengajian, sila lawati: www.waikato.ac.nz/study/money/fees-internat.shtml Sebagai tambahan kepada yuran pengajian dan tambang penerbangan anda, anda juga boleh menjangkakan keperluan tambahan lebih kurang NZ$12,000 setahun untuk kos sara hidup. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada lokasi penginapan dan gaya hidup anda, dan tidak merangkumi kos pengangkutan, hiburan dan perbelanjaan peribadi. Secara umumnya, anda akan dapati kos sara hidup di Hamilton adalah lebih murah berbanding bandar-bandar besar yang lain di New Zealand. Untuk maklumat lanjut berkenaan kos sara hidup, sila lawati: www.waikato.ac.nz/students/international/fees/livingcost.shtml.

Biasiswa

Biasiswa yang ditawarkan kepada para pelajar antarabangsa adalah terhad. Untuk maklumat lanjut sila lawati: www.waikato.ac.nz/law/scholarships.

Imigresen

Maklumat lengkap mengenai keperluan imigresen, nasihat berkenaan hak untuk bekerja sambil belajar di New Zealand dan maklumat mengenai keperluan pengemaskinian data boleh diperolehi dari Imigresen New Zealand dan boleh disemak di laman web www.immigration.govt.nz

Lokasi

Universiti Waikato terletak di Hamilton, bandar keempat terbesar New Zealand dengan kadar populasinya melebihi 130,000 orang. Lokasinya yang baik dan terletak di tengah-tengah kepulauan utara membolehkan anda pergi ke Auckland dalam tempoh 1 ½ jam pemanduan. Tambahan pula, Universiti Waikato juga terletak di tengah-tengah pelbagai destinasi pelancongan dan tarikan yang penuh cabaran.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Waikato di www.waikato.ac.nz/students/choose-waikato/waikato.shtml

Penginapan

Terdapat beberapa kemudahan penginapan di dalam mahu pun di luar kampus dan pihak Universiti boleh membantu anda untuk mendapatkan penginapan yang berdekatan dengan kampus. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.waikato.ac.nz/students/accommodation/



Send us an enquiry

Apply Now!

Listen to what some of our international students have to say...


More...